BirthDay's Den !

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, December 28, 2011

post terakhir 2011


2011 akan berakhir tidak lama lagi..
maknanya saat penting abg aku tak lama lagi..
aku pulak dah semakin tak tentu arah dengan assignment yang minta disiapkan..
lagi2 nak kena anta 0N TIME.. -.-'

3 minggu berderet ni aku akan kerap balik Klang..
so, aku kena siapkan cepat assignment 1 sebelum aku balik cuti minggu ni..
nasib baek bagi assignment ON TIME, kalo tak mmg nayalah aku..

now, apa yang ada dalam otak aku ialah aku rindukan dia..
soklan and jawapan.. ntah kemana hilang pon aku tak tau..
macam nak jadi balik je macam dulu2..

AIDA ~
"tolong jangan kau kaitkan lagi hal dulu dengan skg..
biarkan dia bahagia dengan orang tuh..
maybe takdir sudah tertulis begitu..
so, kau kena kuat tuk hadapi semua ini.."

okay, walau apapun yang terjadi lepas ni, aku hope takkan ada lagi sengketa..
aku dah penat nak layan semua ni..
buat sakit MATA, sakit HATI, dan sakit segalanya lah..

sebelum aku tutup buku tahun 2011..
aku nak kau tahu yang aku tak pernah rase kau beban dalam hidup aku..
aku GEMBIRA bila orang yang aku sayang, GEMBIRA jugak !

akhir kata, SELAMAT MAJU JAYA UNTUK 2012 :)



Friday, December 23, 2011

hmmm -.-'


just nak bagitau yang aku rindukan mereka..

Mak. Ayah. Abang2. Adik2.
Sunshine. Sweetheart. Pujaan Hati.
Bebudak Rumah.


andainya mereka dekat dengan aku, akan aku peluk mereka seerat2nya..
demi melepaskan kerinduan yang sudah lama ku simpan..
tapi adakah peluang untuk aku melakukan itu semua?!


bila lagi aku boleh pimpin tangan kau? boleh ke?

Thursday, December 22, 2011

pagi ke petang stress.. relax = main volleyball :)


hayoii.. sudah kelamaan den tak open Blog den ni..
makin lama makin dilupakan plak..
tapi den taknak lupakan Blog kesayangan ni..
sebabnya kat sini den boleh luahkan segala2nya..
tak kiralah den suka, den rindu, den sedih, den bendi dan lain2..

okaylah, den malas nak tulis panjang2..
cuma sem ni sem pendek so den kena struggle sikit..
so, pagi - petang semestinya akan terasa stress..
cewahhh.. macam budak degree lak nak stress2..
takpe, adat belajar memang kadang2 ada jugak stress..
so, untuk lepaskan stress yang dari pagi ke petang tuh kami main volleyball..
YEAHHHH! volleyball come back.. :)

kawan2 den ni kadang2 je main volleyball..
kalo di ajak baru nak gerak.. kalo tak, memang takkan lah :p..
so, tiap2 hari lepas kelas kami bermain volleyball sebagai riadah petang..
tak kiralah tima hujan ataupun mendung..
kami tetap dengan semangat nak bersukan..
itulah rutin harian buat setakat ini..
jadi, pada kawan2 yang nak join sekali boleh datang ke campus den..
*campus yang masuk 999 tuh.. hehe


dalam keseronokan kami bermain ada jugak kesedihan yang berlaku :')

Saturday, December 3, 2011

selamat datang bulan dua belas !


actually den takde benda nak tulis just nak mengalu-alukan bulan 12 :)
tinggal sebulan je majlis perkahwinan abang pit den ..
so, semoga bulan ini adalah bulan terakhir yang boleh menenangkan hati den ..

DEN HARAP BULAN 12 NI :
1- bulan akhirnya segala keperitan selama setahun
2- bulan yang indah buat diri ini
3- den JUMPA KEKASIH HATI .. hahah

SELAMAT DATANG BULAN 12
SELAMAT KEMBALI STUDY AIDA QUZIE !
(bosan bosan bosan !)

Tuesday, November 22, 2011

Akhirnya !



MALAYSIA vs INDONESIA

perlawanan bola yang menjadi rating paling tingi agaknya pada malam semalam..
perlawanan dua negara yang boleh dikatakan hebat2 belaka..
tapi kemenangan yang diperolehi sudah pun dimiliki oleh pasukan ONG KIM SWEE..
tak lain dan tak bukan, HARIMAU telah mengaum~~
HARIMAU MUDA telah pun beri kejayaan buat MALAYSIA tuk menang sukan SEA26..

wah2, da macam pembaca berita plak den ni kan..
bukan ape, sebab terlalu teruja dengan kemenangan MALAYSIA..
walaupun MALAYSIA tak menang keseluruhan sukan SEA..
tapi IBU SEGALA EMAS telah jadi milik MALAYSIA..
den dan seluruh rakyat MALAYSIA jugak bangga atas kemenangan ini..

tekak den sakit tapi takpe, sebab MALAYSIA sudah menang :)..
tahniah kepada skuad ONG KIM SWEE atas kemenangan ini..
semoga sukan SEA akan datang, MALAYSIA menang lagi..
kepada pemain2, SYABAS den ucapkan atas usaha kalian tuk harumkan MALAYSIA..
kami bangga dengan kalian semua.. ! yeahhhhh~


Sunday, November 20, 2011

Fikiran Bercelaru


dalam kegelapan malam..
hanya cahaya dari laptop yang membolehkan den tuk menaip..
den meneruskan menaip dengan fikiran yang agak bercelaru sekarang ni..
dalam erti kata lain, den binggung..

sejak cuti semester, den berharap agar boleh rehatkan minda yang kusut..
tapi lain pulak yang jadi.. :'(
now, den binggung bila den fikirkan tentang dia..
kenapa mesti dia yang den fikirkan?!
masih tak serik ke diri den ni?!
masih nak terasa kecewa lagi ke selepas apa yang sudah berlaku?!
hurmmmm.. *sigh*

den berharap satu hari nanti, apa yang menyebabkan den camni akan hilang..
hilang tanpa meninggalkan apapun kesan..
semoga den tabah tuk hadapi dugaan ini..


mulut cakap lain tapi hati kata lain..


Sunday, November 6, 2011

aku rindu !!

actually den tak tau nak into camna bila tiap kali nak updated Blog ni..
tapi takpelah, den nak bagitau yg title kali ni amat istimewa..
"AKU RINDU !!"
nak tau den rindu kat sape? jap lagi den bagitau k..
den akan cte ikut gambar yang den post :)..

okay, ni gambar yg pertama..
Kuyam, Quin, Nad, Chichi, Iera, Bot n Ieka..
seriously den rindu kat hangpa sume :'(..
bukan senang kita nak jumpa sekarang ini..
yela, masing2 busy dengan study n kerja..
and maybe ada yang dah khawin..
den harap benor2 yang kita dapat hangout walaupun sekejap..
sangat rindu :')...

ni gambar yang kedua..
Amal dan Lan@AbgLong..
sudah lama jugak den tak lepak together dengan mereka berdua ni..
dulu selalu balik Klang sama2 naik KTM..
now, den balik sorg2 je sebab Amal jarang balik..
Lan pulak, selalu nya balik naik motor sebab dia dah ada motor..
ntah bila lagi lah dapat balik sama2 ngn dorg naik KTM..
Lan, Amal.. den harap hangpa sudi balik dengan den lagi pasni :)..

gambar ketiga den upload..
masa ni birthday Din..
happening sangat walau agak kelam kabut..
den nak sangat perkara camni berlaku lagi..
tapi ntah akan jadi or tak..
sumenya sudah tidak sehala seperti dulu..
DEN NAK HANGPA SUME HAPPY CAMNI..
w/pon masing2 busy dengan study :)..

yang keempat den upload..
time ni ofcourse la masa birthday den..
surprise dari kawan2 den.. heheh..
den tak sangka yang hangpa buat..
den happy sangat2 time ni..
DEN RINDU NAK CAMNI LAGI :)..
sebab time ni banyak sangat memory yang terjadi..
TQ so much u'll.. I LOVE U'LL <3...

kelima kalinya den upload :)..
ni TEAM VOLLEYBALL YANG AMAT DEN RINDUKAN..
punya lama dah tak main volleyball ni..
hope hangpa pon cam den gak yang teringin nak main volleyball lagi..
so, kalo rase2 nak start main balik.. calling2 lah eyh.. :p

ini upload yang keenam tak silaplah..
nama dia YUZ..
dia SUNSHINE bagi den..
den AMAT RINDUKAN dia :)..
sebab dah dekat 3 tahun TAK JUMPA~!

yang ketujuh okay :)
maaf awak, saya upload awak kedua akhir..
nama dia NISA..
den ada gelaran tuk dia tapi hanya dia and den saje yang tau..
den pon RINDUKAN DIA, sebab dah lama kami tak jumpa..

ni gambar yang terakhir den upload okay :)..
gambar ni sudah agak lama so, agak berhabuklah..
hukhukhuk~!
eyh, sunshine ni si YUZ tapi sweetheart tuh sape eyh?!
hurmm.. rahsialah wey.. HAHAHAH...
okay, mereka memang dalam <3 den..
suka suka suka :)..

Okaylah kalian..
sudah terlampau panjang post kali ini..
apa2pon SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA :)..


salam kerinduan ku hulurkan kepada yang mengenali diri ini..
pada pakcik@atuk, den rindukan ekau jugak okay <3 :)..

Thursday, November 3, 2011

habis exam, balik KLANG :)


tamatlah sudah semester den kali ini..
dan bermulalah break sem selama SATU BULAN !!
haha.. bukan main happy den bila dapat cuti satu bulan ni..
mana taknya, dapat lah den tolong mak ayah niaga burger lepas ni..
takdelah den asyik penuhkan masa den dengan tidoq je.. :p

petang tadi tamatlah exam den yang berlangsung selama 3 hari..
so, den masih di campus tuk tunggu mak ayah den amik..
bukan apa, saja nak manja2.. hehe..
lagi pon bukan selalu mak ayah den datang amik den balik..
sekali sekala je kot~

Okaylah kalian, den nak kemas apa yang patot lagi ni..
tak pasal2 ada je barang yang tak kemas..
daaa kalian.. SELAMAT BERCUTI pada yang cuti..
jumpa next post from me~

Monday, October 31, 2011

Musim E.X.A.M -


hari ini last October, esok sudah bulan baru..
lama jugak den diamkan diri dari updated Blog..
yelah, nak redakan hati yang tengah kecewa..
so, den banyak diamkan diri dari Blog ni..
tak lama pon, seminggu je pon.. hehe..

Okay, actually den sudah boleh terima yang mereka bersama..
bukan senang nak terima au.. amik masa jugak nak fikir..
tapi apakan daya, takde rezeki nak bersama :)..

now, den fokus kat exam yang tengah berlangsung..
satu paper sudah lepas, tinggal 2 paper..
1/11 & 3/11 je.. pastu, den cuti one month :)..

okaylah, den nak sambung study ni..
ttbe nak updated plak..
see u next updated from SAYA :p
haha

Friday, October 21, 2011

kerana suka, diri terseksa


pepagi camni sudah dapat berita yang tak best didengar..
den rase macam takde life je kalau selalu camni..
lagi sekali den telah terasa diri tak berapa pandai..
dan den hanya boleh cakap, "terima kasih kerana anda telah kecewakan saya"..


#takde nasib la tuh :)..

Wednesday, October 12, 2011

Tesco-KFC-DN :)


best sangat dapat berjalan sakan ngn teman serumah..
untung ada kalian yang sudi teman den tuk kemana-mana :)..
tapi sayangnya teman sebilik den takdo la pulak..
dia dapat cuti panjang sampai bulan 12..
takpe2, nty kita pergi ber4 eyh.. lepak lama2 sampai lebam mata :p..

actually den penat sangat sebab entah laaaahh..
mybe den ni asyik tido tido tido dan tido je..
asal ada peluang nak tido, den bantai kasi tido.. hahaha :)..
tapi kelas dan assignment gerak jugak la kadang2..

semalam 11/10/11, den ngn 2 orang teman serumah poie keluar tuk pi carik barang..
mula2 carik kat tesco, jumpa barang tapi tak beli pon..
sebabnya den pon tau nak cakap ape..
just tengok2 dan jalan2 keliling tesco tuk hilangkan bosan..
alih2, masing2 sudah pening sebab asyik pusing2 benda yang sama je..
so, kami pon kuar tuk carik tempat makan..

mula2 pilih nak makan nasi goreng2 je..
lastnya, dorang pilih nak makan KFC pulak..
so, den pon turutkan aja sebab sudah lama jugak den tak makan KFC..
time makan tuh, ada jugak la beberapa picture yang sempat snap..
nak tengok tak?! tengok la puas-puas~~

-den ngn dakchik-

-dakchik-

-syaza-

-den a.k.a aida-

tengok la kami, khusyukkan time makan2 camni..
tak pandang camera langsung au.. hahaha :)..

lepas je selesai makan kat KFC tuh, kami gerak ke Dataran Nilai (DN)..
nak poie DN tuh den yang ajak sebab sudah lama tak lepak together dengan dorang kat situ..
lepas kat situ bukan sekadar lepak je tau..
kami bergelak-tawa, amik gambar dan macam2 lagi..
dan lagi sekali, ada picture kat sana jugak.. nak tengok tak?!
lagi sekali den cakap, tengoklah puas-puas~
tapi 3 anak dara ni sudah berpunya :p

-syaza a.k.a kakLong-

-den a.k.a kakNgah-

-farah a.k.a dakChik-

-aLong n dakChik-

-dakChik n aNgah-

rase2 den ni je kot gambar2 nya tapi ntah laa.. kalo ada pon kejap lagi den upload lagi..
apa-apa pon memang best malam semalam sebab layan dorg..
sampai kat rumah, layan lak lagu 'BAND' dr hp dakchik..
memang pecah perut bila lepak dengan dorg ni au..
kan best kalo kami ber4 ada.. konfom lagi gempak nak kenakan dakchik..
so, next time den, syaza n zati nak pakat tuk kenakan dakchik..

okaylah, den sudah penat nak taip panjang2 ni..
eyh kejap, ada lagi gambar lah.. last picture from we'll..
jom tengok jomm :))
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

apsal ni?! comel la tuh?!


mereka lagi?! haha we'll :)


kami bolot semua :p

Sunday, October 2, 2011

broga with mr MH


selamat datang bulan October :)

bertemu lagi kita di petang yang sungguh nyaman ini..
cuacanya sekarang ni tidaklah panas, tidaklah sejuk..
hanya suam2 kuku je.. tapi kira sejuk jugak la sebab kena kipas kat kaki..

okay2, actually nak cakap yang hajat den nak naik bukit broga sudah tercapai..
TQ sangat mr MH sebab ajak den pegi bukit broga pagi tadi..
seronok sangat2 walaupun den ni sudah semput..
naik2 jugak tapi takdelah sampai ke puncak bukit broga..
den tak larat woooooii.. SEMPUT~~ fuhhhhh

kami bertolak lepas subuh.. memang ramai orang yang naik pagi tadi..
semuanya gara2 nak tgk matahari terbit.. cam den ngn mr MH jugak :)..
lepas sudah tengok, kami berangkat pulang sebab masing2 kepenatan..
lagi2 mr MH.. hehe.. *sempat dia tido time kat atas tuhhh~
sampai campus je dalam kul 8.30..
den balik, mr MH pon balik sebab nak sambung tido..
den sampai rumah terus mandi dan basuh baju..
lepas semua tuh baru lah den tido sebab kepenatan.. :)

papepon den happy sangat2 walaupon tak naik sampai puncak..
segala memori perjalanan den bersama mr MH takkan den lupakan..
segala penat lelah tuh hilang dengan sendirinya bila bersama mr MH :)..
okaylah, den sudah bebel agak pnjg ni..
kalo cte kat sini pon takkan abis sebab banyak kenangan time nak naik dan nak turun..
so, den chow dulu sebab nak makan.. LAPAR~~
Daaaaa kalian semua :)

Thursday, September 29, 2011

kenangan masa kecik :)


akhirnya siap jugak den punya assignment 1..
den bukan sorg yg on time anta assignment ni.. lambat sikit je.. :p
okay la, den ada benda nak share dengan kalian semua..
benda ni den amik dari member den yang post kat FB..
so, den share jelah.. :)

kepada budak2 yang lahir pada thn 70/80/90an mesti ingat mase skola rendah dulu: -

* kat skola dulu ade salesman jual buku cerita.. hari ni bagi list, esok minta duit beli walaupun cerita buku tuh dah tau.. salesman susu pon camtuh gak..
* kat library plak, budak2 memang baca buku tapi just tengok gambar je.. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku..
* RMT kat skola makanan tak best, tapi yang berduit pon join RMT, tak paham..
* dulu pakai pensel box yg bole bukak depan belakang, pastu ade sharpener kat tgh2 die..
* main lwn pemadam, sayang nak guna untuk padam.. padahal itu fungsi sebenar, untuk padam!
* pakai pembaris yg bergerigi, kat dalam ade air pastu ade bende berkilat dalam air tu..
* cikgu pakai pembaris kuning panjang.. Ade pemegang kat tengah2 tp tak pernah nmpk cikgu pegang pon kat situ pon..
* bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan..
* time pendidikan seni, lukis sume boleh tapi bile time color sume macam hampeh.. ade gak yang buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la..
* main game 2D--> super contra, super mario, street fighter.. main ni sume pakai tape..
* jam tgn Boy London jadi idaman, sebab boleh tukar2 kaler ikut suhu dan cuaca..
* takut BCG tapi lepas inject poyo la pulak.. haha..
* balik skola beli JoJo tak pon Dendang.. Tora pon best gak.. Beli semata2 nak mainan, coklat die tak dimakan pon.. lawak2..
* Kasut berlampu kat tapak, yang iklan die kat tV boleh tembak alien tu...
* Siri kartun-->DRaGON BALL, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan macam2 lagi lah..

jangan lupe sume ni sebab zaman sekarang budak2 tak smpt layan bende2 ni.. asyik ngadap tv dengan PS je.. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yang permanent..
huhu~ ni la baru zaman den kawan2.. :)

so, kalian masih ingat zaman kalian masih kecik2 dulu?!


Monday, September 19, 2011

P -->kau penyakit aku :(


sedar tak sedar, sudah dekat 3 minggu umat islam berhari raya..
musim2 sekarang ni, banyaklah rumah terbuka dari sedara mara dan jugak kawan2..
tapi den takdelah plak nak join sangat event camni sebab penyakit den ni..
haha.. nak tau ape sakit den sampai den tak join sangat event cmni?!
penyakit den ni takdelah kritikal sampai nak kena bedah2 or ape2 laa..
P adalah penyakit den.. haha :p

bukan ape wey, bila sudah datang sakit P den ni, mmg sume keje den terbengkalai..
tengok jelah skg ni, den ada lagi 3 assignment yang nak kena anta this week..
tapi 1 haprak pon den tak siap lagi.. just sikit2 ajo.. aduyai~
mmbe2 den tanyo da kat den yang sudah siap ke belum..
den jawab OTW :).. hahah..

den pon tak tau lah kenapa penyakit P ni datang time den banyak keje yang kena siapkan..
ado sapo2 yang boleh tolong den ni hah?!
den konfius sobab nya den kena translate sume dalam B.I..
den tak pndoi B.I ni.. heheh :).. aduyai~

takpo2, den usahakan sendiri.. :)
go Aida :)

*maaf sebab campur adukkan bahasa.. :)

Monday, September 12, 2011

semak kepala !


hola2.. apa khabar kalian semua?!
maaflah kalo den jarang updated Blog sebab sejak akhir2 ni den malas nak updated..
hari ini 12 September 2011, den terlajak tidoq n then tak poie kelas..
memang agak pelik sebab kelas kul 8 bley poie tapi kelas kul 2 terlajak.. :p
tapi takpe, at least den boleh siapkan assignment yang nak kena anta 14 September ni..
macam ape je den ni kan?! last minute gler nak siapkan..
normal bagi setiap student yang kekurangan idea macam den ni..
hurmm.. bukan takat satu assignment ni je yang buat den kelam kabut..
tapi ada lagi 3 yang berderet untuk den uruskan.. aarrrgghh.. +___+

tuh pasal assignment yang sudah buat kepala terasa semak..
ni lagi satu masalah yang baru je timbul..
den tak faham kenapa masih ada manusia yang macam tuh..
kenapa perlu berubah macam macam tuh sekali untuk tarik perhatian orang sekeliling?!
den harap sangat orang tuh kembali seperti dahulu..

makin semak kepala bila pikir masalah diri yang tak abis2 lagi..
kenapa mesti dia berubah macam tuh sekali?!
salah ke den nak dia berubah ke arah kebaikan?!
hope dia berubah sebelum den lepaskan diri.. :|

okaylah, den mau sambung buat assignment ni..
saje je nak updated benda ni..
nak release tension kejap.. yeke?! haha

+ kalau sekali den sudah sayang, den susah nak lepaskan +

Saturday, September 3, 2011

Raya 2011


salam pada kalian..
jumpa lagi kita akhirnya kat Blog den ni..
alhamdulillah, puasa sudah pon berlalu..
dan raya pulak yang kunjung tiba..

amin ya Allah..
den masih sempat untuk beraya lagi tahun ini..
tahun ni den beraya di kampung halaman belah ayah..
kami sekeluarga bertolak lepas buka..
tapi sebelum tuh, kami ziarah kubur arwah abglong den..

suasana raya kali ini agak lain sebab beraya di kampung..
yela, sejak abglong den meninggal, kami memang jarang beraya kat kampung dulu..
selalu nya kami beraya di rumah saudara belah mak..
itu pon lepas ziarah kubur arwah.. :(
moga2, arwah tenang di atas sana dan ditempatkan dengan org beriman..

bagi den, raya kali agak suram..
nak beraya pon tak berapa nak syok sangat la..
dulu, raya dengan sedara mara..
sekarang, masing2 sudah berumahtangga..
memang susah nak raya sama-sama lagi..
nak beraya dengan member, masing2 masih beraya dengan family..
maybe kena ada 'jejaka' yang sudi bawak beraya baru best kot..
huhu.. hehe.. haha.. hihi.. hoho..

okaylah, den sudah merapu ape2 ntah ni..
mana tak nye, sudah pukul 2:17 a.m..
memang merapu2 lah ayat den ni hah..
so, mornyte lah kat kalian..
wassalam~

*taknak raya rumah saya ke?! hehe

Sunday, August 28, 2011

Pengalaman baru


fuhhh~ akhirnya sampai rumah jugak..
walaupun agak lewat den updated ini Blog, den banyak benda nak cite..
banyak sangat pengalaman time puasa tahun ni..
tak kiralah suka ataupun duka..

1st, time bersahur kat campus..
den tak lah sahur sangat tapi boleh lah jugak..
banyak kali den and housemate sahur kat luar..
*actually kedai akak belakang* hehe..
kat kedai akak tuh den and housemate gilir2 masak for sahur..
zati kalo masak mesti lauk-lauk..
syaza pulak masak spaghetti..
den cuma reti masak mee goreng je..
last puasa kitaorg sahur kat luar dengan family akak..
lepas sahur kitaorang lepak kedai sampai pagi..
last2 tidur rumah akak sekali.. hehe
best sangat dapat sahur dengan dorg :)..
macam puasa dengan family sendiri je..

2nd, den belajar bawak kereta tadi..
kereta viva *manual*..
den belajar dengan abang den..
perghhh.. memang asyik kena marah lah..
sudahlah den bawak kereta ke jalan besar..
memang asyik nak mati2 je enjinnya..
tapi ape2 pon, den sudah reti bawak kereta..

3rd, ari ni den masak for berbuka..
masak simple je.. ala-ala barat gitu..
den masak spaghetti..
nasib baik lah sedap kalo tak, mesti dorang complain..
yang pasti den sudah reti masak spaghetti.. :p

Okaylah, actually den penat ni..
yelah, baru je balik dari shopping baju for raya..
boleh dikata ramai yang carik last minute..
so, den nak mandi and siap2 tuk tidur..

Tuesday, August 23, 2011

Exam sudah abis.. Cuti time.. :)


Salam pada kalian.. Hohoho..
actually nak bagitw je yang exam for midterm sudah abis..
ramai kawan2 den yang balik rumah..
cume den je tak balik lagi sebab ada hal nak kena selesaikan esok..
tak sabar rasanya nak balik cuti..
yela, cuti for RAYA.. haha..
den balik rumah khamis ni bersamaan 25hb August..

tapi yang tak bestnya sebab cuti raya yang kolej bagi just 2 days..
haha.. memang tak best lah kalo nak raya..
apa lagi, den dengan kawan2 sume pakat nak sambung cuti..
hahah.. memang best kalo takat nak cuti lama2 ni..

Aizat, Amir, Walin, Khod, Fatin n den pakat nak balik 4hb Sept..
tapi tak tau kalo kami nak tambah cuti lagi..
lagi2 si lelaki 3 orang ni.. hihihi.. :p
den pon ase2 cam tak puas nak cuti pai 4hb je.. :(

hurmm okaylah..
nak happy sangat tak boleh sebab takut nty menangis plak..
so, gembira sikit2 jelah eyh..
orait, den nak out sebab nak keluar bekerja kejap..
*esok birthday dakchik, nak pi carik coklat besar*
haha.. daaaa :)

Friday, August 19, 2011

Puasa dan Kenangan


mak ai, da bersawang laa Blog den ni..
maaplah, sebab sudah lama den tak updated..
al-maklumlah, den ni kadang2 malas nak updated..
padahal banyak bende yang nak di cerita.. :p

okay, now sudah 19 hari umat Islam menjalani ibadah puasa..
lagi 10 hari ketibaan raya akan muncul..
mesti adik2 kalian or kalian sendiri tak sabar nak raya kan?!
takpe2, tuh sume akan dirasai tak lama lagi..

okaylah, puasa tahun ni den sudah 5 tahun tak berpuasa dengan arwah abglong..
terasa kehilangan beliau sangat2..
selalunya beliau lah yang mengejutkan kami sekeluarga tuk bersahur..
tapi itu hanya kenangan yang beliau tinggalkan tuk kami..
semoga beliau aman di atas sana..
Umi rindukan abglong sangat2.. :(

puasa kali ni den puasa dekat campus with housemate..
sahur dan buka dengan dorg..
tak macam tahun2 lepas, sahur dan buka kat rumah dengan family..
rindu nak sahur dan buka dengan family lagi..
moga akhir2 puasa ni dapat sahur dan buka dengan family..
*padahal-memang-dapat-pun* hehe

kenangan semasa berpuasa memang banyak..
dari kecik sampailah umur den da cecah 20 tahun ni..
kenangan tahun ni ofcoz la pasal berbuka semalam dengan classmate..
memang happening gler.. gelak sampai semput..
dengan makanan yang sedap2..
perghhh, Alhamdulillah rezeki datang time cmtuh..
pe2 pon, semalam memang best n syok sekali..
lain kali kalo nak buka ramai2, buat camni lagi..
confirm GEMPAK! :)

okaylah, den malas nak taip panjang2 sebenarnya..
tapi sudah alang2, memang taip je laa..
pe2pon, selamat menjalani ibadah puasa yang tinggal 10 hari..


aku sayangkan kau walaupon dalam diam..
-A&A-

Wednesday, July 27, 2011

kerinduan yang teramat..


hye kalian sume.. da lama den tak updated blog ni sebab den takde idea nak updated..
sambil dengar lagu 'SEMUA TENTANG KITA' by Peterpan, den taip satu2 perkataan..
hurmmm.. den sebanarnya sangat rindukan orang2 yang den sayang..
tapi den tak tau nak bgtw mereka yang den ni rindukan mereka.. :(

kenapa semua ni berlaku eyh? lepas satu persatu yang den cuba jauhkan, makin dekat pulak..
setiap pergerakkan den mesti ada maksudnya.. tapi den tak tw nak bgtw..
terlalu sukar tuk den katakan yang den rindukan mereka..

semoga satu hari nanti semua orang yang den sayang akan taw, yang den rindukan mereka..
dengan itu den akan terasa tenang tuk jalani kehidupan..
dengan nikmat yang diberikan oleh-Nya, den bersyukur sebab dapat merasai erti kerinduan..
pada kalian yang den sayangi, den rindukan setiap yang berlaku antara kita..
moga ia menjadi satu kenangan yang terbaik buat diri den..


pada kamu, kamu, dan kamu.. den memang maksudkan ni..
"tiada apa yang boleh dikatakan selain den rindu" :)

Tuesday, July 19, 2011

kesembuhan :)


kembali menulis bila den sudah bosan kt campus ni..
ceh bosan la sangat kn.. padahal biase2 je.. :p
orait, ape khabar kt kalian sume.. sihat?!
seminggu den demam n now, den sudah pon sembuh..
syukur pada kehadrat ilahi.. :)

orait, now den xmo cakap banyak..
sebabnya den pon xtw nk buat ape kt Blog ni da..
kadang2 idea tuh ada tapi malas nk tulis..
so, wt dunno je laa ;)..

hah! pasal cabaran 10 tuh, insyAllah den siapkan tapi bukan skrg laa..
so, pada kalian yang kurang sihat..
jaga diri tuh leklok okay..
yang sihat lak, jgn nak ngade2 jadi sakit kalo x sakit..
okay lah, malas nk write pnjg2..
takat ni sudah~ daaaa kalian... Muaaahhhx!

Thursday, June 23, 2011

Day 2: 10 things you love


after the first day challenges, den mendiamkan diri kejap sebab nak crik idea..
tapi lepas tuh, barulah idea datang curah2..
saat den nk taip je msti adik2 den nk gne lappy..
so, den bagi je lah sebab kalo den gne msti lama..
yelah, nak updated blog lagi, on FB lagi..

tanpa banyak kata lagi, den teruskan cabaran tuk ari ke dua..
=10 things I love=
....................................................................................................

1. den amat sukakan pemandangan yang enak di pandang..
x kiralah di lautan ataupun di pergunungan..
sesungguhnya den amat bersyukur dapat terus melihat pemandangan yang indah..
inilah nikmat yang paling bermakna..

2. memasak adalah sesuatu yang perlu setiap wanita belajar..
cmtuh jgak ngn den, memasak itu perlu..
x kiralah senang ataupun susah, yang penting masak..
den suka masak tomyam sebab family den suka bila den masak tomyam..
lagi2 calon kakak ipar den.. siap di suruh ajar lagi au..
hehe.. *segan kejap*

3. dalam banyak2 tempat yang ada kat Malaysia ni..
den lebih suka berada dimana ada family den..
tabpa family, sapa yang akan sokong den..
hanya mereka yang den ade selain kawan-kawan..

4. mase den kecik-kecik, den suka main teddy bear..
sampai sekarang den masih simpan teddy bear tuh..
ase2, teddy bear tuh pon da sama baya ngn den..
dr kecik den simpan kot.. cume skg ni da jarang buat main..
biasalah, den da besar.. sikap pon cm ganas..
so, better den simpan buat teman tido je.. :)

5. sume orang suka main game..
begitu jgak ngn den.. amat sukakan game..
game yang paling den minat ialah game police..
tapi game tuh da xde kt lappy den..
kalo nk main msti pinjam mmbe pnye lappy..
sebab kat lappy dy ade game yang den minat tuh..

6. yang ni paling den suka..
hehe.. den suka tidur!! x kira kt mana2..
tapi x toilet tuh xde lah.. :p
mmbe den mmg bengang kalo bwk den kemana-mana..
mesti lena seblum smpai destinasi.. heheh..

7. keluar bersama mmbe adalah perkara yang best jgk..
ble dapat lepak ngn mmbe yang 1 kepala..
mmg pecah perut sbab gelak, cerita n macam2..
I love hangout with my dear friends.. :)

8. den suka bila saudara mara berkumpul..
oh yeah! den mmg rapat dgn saudara belah mak den..
ble ada function, kamilah yang paling meriah.. :)
lagi2 time raya.. mmg kecoh rumah saudara dek pekikan kami..

9. masing2 ade cite yang diminati..
den suka cter kartun.. dr krcik sampai la skg ni..
cte kartun yang paling den minat ialah totally spices :)..

10. i love designing.. kalo dulu selalu sngat edit mcm2..
skrg ni makin kurang sebab terlalu sibuk dgn hal lain..
kalo la den dapat edit lagi, betapa seronoknya..

.........................................................................................

fuhh~ akhirnya abis jgak cabaran hari ke 2 ni..
tuh pon ambil mase jgak..
mcm2 dugaan nk updated blog tuk ari ke 2 ni..
so, den akan cbe buat secepat yg mungkin tuk cabaran hari ke 3..
so, moga kalian terhibur~

Tuesday, June 21, 2011

Day 1: 10 things about you


setelah berfikir selama yang bley..
den amik keputusan tuk teruskan 10 cabaran tuh..
so, ari ni adalah day 1..
so, pada yang x kenal tuh, lepas ni kalian kenal la den ni..
biasalah tuh, ni pon pasal diri den..
ape yg kalian xtw, insyAllah kalian akan tw..

....................................................................................................

-kopi ais milikku-

1. first sekali mestilah kena bgtw nama an??
sape2 yang rapat tuh ngn den maybe tw laa..
mak ayah den bg nama Nor Aida Ummira Binti Sarifudin..
den ni banyak nama gelaran yang mmbe den bg..
kejap edott, kejap ome, kejap aida..
family den plak pggil den dgn pgglan umi..
so, mana2 pon xpe.. den x kisah.. :)

2. tempat kelahiran den ofc0z la kat Selangor..
tapi cuma den ngn adik bwh den je yang lahir kt rumah..
adik-beradik yang lain sume kt hospital..
betapa istimewanya den.. haha :)

3. actually den ade 7 adik-beradik tapi abg sulong ku sudah meninggal dunia..
so, tggllah 6 beradik.. tapi kami sentiase mendoa untuknya..
den ni adalah perempuan sulong dr 6 beradik..
so, den ni kira berkuasa jgak.. hahaha :p

-time ni den xde-

4. den masih lagi menuntut ilmu dekat Mantin, N.9..
den amik course Software Engineering..
tggl setahun lagi je den akan tamat belajar..
x sabar asenya nk graduate... :)

5. kalo kalian nk tw, family den ade bukak gerai..
ala, niage kecil-kecilan je..
family den bukak gerai burger.. :)
kalo den xde ape2 nk buat, den pon tolonglah..
crik rezeki tuk tambah pendapatan.. :p

6. den adalah seorang yang senang sayang orang..
kalo den sayang org tuh, mmg susah tuk den lupakan..
x kiralah dy sudah buat den ase menderita.. den tetap xley lupakan..
so, kalo antara kalian yang penah den sayang tuh, jangan lah buat den terseksa..

7. ble org tnye "tlg describe diri ley x?!' dgn pntas, den jawab bley je..
den ni seorang yang sempoi~ ..
segala tentang den amatlah sempoi..
pergaulan yang sempoi, percakapan yang sempoi..
senang cte semua lah.. :)

8. aktiviti ble lapang, den lbey suka lepak kt rumah..
selalunya den on9, tgk Tv, layan karenah kucing..
tuh la yang amat best, layang kucing yang nakal2.. :p

-ihsan google images-

9. den ni giler camera.. :)
kalo bley, sume jenis camera den nak..
den nak amik gambar dgn camera den sendiri tapi den x mampu nak beli lagi..
so, kalo kalian baik aty.. bagilah hadiah camera kt den..
tapi den xnak camera mainan okay! :p

10. pada mmbe2 den, dorg nmpak den ni sangat brutal..
tapi hakikatnya, den ni yang lembut dalaman..
ape yang org tgk, adalah luaran semata-mata..
dalaman den amatlah sensitif dgn perkara2 mengusik jiwa..
haha.. jiwanglah den ni ! :)

....................................................................................................

okay, akhirnya siap jgak 10 things about me..
ambil mase jgak den nk buat ni..
yelah, mne boley sembarangan nak taip2..
x pasal2 kena 'band' plak.. heheh..
so, den stop dulu tuk crik idea untuk second day :)

kawan lama tapi bru kenal..


hye kalian.. sudah ketiduran ke?!
den x ngnatuk lagi sebenarnya ni..
tapi mata da kuyu je lepas tgk cte seram..
biase la kalo den kt rumah, Tv mmg x lekang..
asyik2 Tv je.. heheh.. :)

okaylah, about 10 cabaran tuh insyAllah den akan mula tapi ntah laa..
den bkan nk tulis skg ni tapi den ase, blom masenya lagi..
idea tuh tgh kosong.. :p

back to the title.. :0
'kawan lama tapi bru kenal..'
actually den x kenal ngn dy ni sangat..
tapi ble di interview, rupanya dy ni ex-student Sam1..
muka x familiar, tuh yg x bape kenal..
ala, agpon dulu den bkn nye kenal sangat ngn senior2 ni..
biase lah, bdk 'wanted' xkn nk kenal sgt ngn senior..
bdk 'wanted' kan anti-senior.. haha :)

so, lepas ni sapa la pulak yang akan den kenal..
masing2 bila da meningkat ni baru la kite kenal..
kalo dulu sememeh, skg da ensem, cantik..
bak kata pepatah..
'dulu lain, sekarang lain'.. :p

okaylah, nk tido..
mau crik idea tuk jawab 10 cabaran tuh..
insyAllah den bley abiskan..
go go chayok!! :)



rindukan mereka sangat sangat ! <3

Monday, June 20, 2011

10 cabaran !

hye kalian semua..
da 4 ary kot den xde idea nk write ape kt blog ni..
bukak je pandai, tapi nk tulis ape2 xde idea..
mmg selalu la den hilang idea nk write kt blog ni..
tapi, ble da ade idea, xtw nk write cmne lak..Linkhaiihh.. cmtuh pon adekan?? haha

so, den pon pegi jelajah blog2 mereka yang den suke tgk..
then, den t'jmpe lak game yang syok ni kt kat blog SHERAH..
apelagi, den pon ase cm nk join game ni..
agpon den ngh cuti sem ni.. so, den ade mase yg abiskan 10 cabaran yang ade..
so, x perlulah den nk cte panjang panjang..
kt bawah ni den listkan 10 cabaran tuh.. agpon, den copy n paste je dr blog dy..

Day 1: 10 things about you
Day 2: 10 things you love
Day 3: 10 things you hate
Day 4: 10 things you wanna say to one person
Day 5: 10 wishes
Day 6:10 items you can't live without
Day 7: 10 important people
Day 8:10 of your favorite songs
Day 9: 10 ways to win your heart
Day 10: 10 final words

so, kalian ase2 tercabar x?!
lepas ni den kena la byk berfikir uk langsaikan 10 cabaran ni..
takut2 den xde jawapan je nk jawab 10 cabaran ni.. hehe...
kalo kalian nk try jgk, boley aje.. :)
now, den nk stop kejap..
mane tw dpt idea tuk selesaikan 10 cabaran ni..
so, daaaa.. :p

Thursday, June 16, 2011

ape title? xtw !


kembali semula selepas sekian lama den x updated..
bkn ape, den agak ke'busy'an sejak2 ni..
so, agak payah nk updated blog den...
agpon, line kt kolej den ni kadang2 okay, kadang2 k.o..

sepatutnya den sekarang ni sudah selamat sampai rumah..
tapi den terpakse batalkan niat tuh sebab xde sape nk anta den ke stesen ktm..
nak naik teksi tapi tambangnya agak keterlaluan...
minta tolong kawan tapi masing2 busy nk study..
so, den amik keputusan balik lain kali je..
maknanya den balik besok lah.. tuh pon xtw nk naik ape.. :(

now, den banyak abiskan waktu depan laptop je..
usha FB, twitter, blog, formspring n macam2 lagi..
tapi bosan je.. hahah... :)
nk call org, malas lak.. nk texting org?! xde sape nk layan..
baik duk diam2 je kan??
agpon start july, topup da naik harga...
mmg den akan jarang topup la..
xde sape nk di calling or texting melainkan family... :)

okaylah u'll, den masih carik ilham nk buat ape time cuti nty..
agak2 ade ape2 rancangan x?! hehe..
so, enjoy ur holiday pada sape yang bercuti..
pada yang x cuti xpe, nty turn u'll plak.. ;p
pe2pon den masih keliru tentang satu perkara..
adakah masih ada harapan tuk den?!


den happy bila orang yang den sayang happy!


Monday, June 6, 2011

2 tarikh.. sekali post..

03 jun 2011..
ini adalah ari kelahiran den yg ke-20..

mak ai, da 20 tahun da... :)
ari ni sume mmbe2 den kebanyakkannya wish melalu FB..
biasa lah, zaman da berubah.. dunia da maju..

sume teknologi bley digunakan..

den sambut dengan makan pizza yang abang den beli je.. :)

tahun ni den tiada kek tuk ditiup sebab den kan da besar..
tapi, den ade kek tuk den potong..
yang specialnya, den x potong kt uma or kt campus..

den potong kt JOY CHALET.. tempat menginap kami...


04 jun 2011..

time ni den da pon sampai kt perak sebab nk anta k.noi den kawen..
sebelum gerak, pagi tuh dalam masing2 busy nk siap2..
den pon dengan happy nya potong kek yang sudah lama mak den pegang..
mane x nya, pegang kek dari selangor ke perak..
lama tuh~ penat penat penat... :)
so, den potonglah kek tuh and pass kt sume org.. alahai sweetnya.. :p
masing2 makan sebelum bertolak..
x abis kek tuh sebab besar..

so, kami simpan tuh makan sendiri..

lepas da anta k.noi tuh, kami pon gerak balik,..
tapi kami x balik rumah, malah kami teruskan perjalanan ke sg klah..

kami mandi air panas la.. tapi den x mandi sangat sebab kaki den x tahan panas...

so, den ngn adik-beradik yang lain mandi air biase je..
remdam kaki kt air panas tuh pon kejap2 je.. :)
kami abis mandi dalam kul 7 malam...

lepas abis mandi kami siap2 tuk pulang ke rumah..
banyak tempat kami singgah tuk makan dan sebagainya..

akhirnya kami selamat sampai rumah dalam pukul 12.30 mlm..

sampai je rumah, kemas barang n tido~~

so, ni la gambar2 kami..

kek den n ayah den.. :)

den with my beloved daddy..

si gemok yg potong kek :)..

kami adik beradik tapi abgmey xde.. :p

we one family tapi muka wawa x nmpak..

bersama pengantin sebelum balik..

'pandang pengantin semua' .. :)

-den-

Wednesday, June 1, 2011

akhirnya!


hye sume.. kte jmpe lagi pada awal bulan 6..
eyh! da bulan 6 laa.. abislah den..
umur pon da makin nk ke angka 2.. hilang sudah angka 1..
hurmm.. 20 tahun lagi 2 ari?? what??? :)

okay, actually nk ckp yang akhirnya den jmpe jgk FB bdk yang den nak..
search pnye search.. akhirnya den jmpe jgk..
wah! seronoknya aty den..
yelah, da hampir 4 tahun x jmpe.. akhirnya.. amin...

ni lah gambr budak tuh..
nama dy AMIRA AMRAN..
sekarang ni umur dy 18 tahun..
so, dy 2 tahun muda dr den..
rindu nak memekak ngn dy..
lagi2 kt dalam dorm 19.. hehe.. :)

so, itu je lah..
akhirnya den dapat jmpe ape yang den nak..
tapi sayangnya, dy maybe x kenal ngn den..
arghh, sedih tol.. tapi xpe.. :p